WORLD BEHIND MY WALL

An easily confused girl who talks at the speed of a train and walks too slowly; a korean dramas' sasaeng who goes around chanting "more episode puhliwshh"; a diehard fan of kim minseok and cats; dreams of finding her true-love namja; only scream to every kisses scene in dramas bcs she always did; loves choi minki and wants to be pretty like him.
(view my complete profile...) (follow +)


Macam mana nak eja 'BORING'?

October 24, 2014

아녕하세요 & Assalamualaikum.
Aku taktau lah kenapa tengah2 malam pon masih lagi menaip. Maybe aku dah terlalu boring kot. Sepanjang cuti ni aku habiskan masa call shazlin(bff). Tu pon sebab aku rindu dia sangattttt. Tapi aku asyik call die je. Bila dia nak call aku pulak? *kau jgn berdrama sini bleh tak* K fine. Tapi best tanya dia pasal perkembangan dia dgn bf dia. Tak lama lagi aku dapat makan nasi minyakkk! (apa kau merepek ni setan?!) Kawan aku dah jumpa cintanya setelah bertahun aku dgr dia nangis psl jantan tak guna *lap hingus* Shazlin dah besar dah. Aku bila lagi nak cari bf ni. Eh tak sedar pulak SPM akan tiba dalam beberapa minggu. Pergh cepat gila siak. 진짜 무섭다아아! ㅠㅠ

Oho. Cakap pasal bf, mamat tu senyap sampai sekarang. Takpa takpa (sebenarnya bukan 'takpa') Haish. Aku fikir benda tak sepatotnya lagi. Jangan mengharap tinggi. Sebab lelaki boleh berubah. Bila aku cakap takde bf dekat shazlin, dia bagi soalan cepumas "hahaha mamat tu mana?". Haha jawapan aku simple je "dah lame senyap". So shazlin pon bengang "tulah lelaki, asfjwdoaapabsi" (lupa apa dia bebel) Eleh yang kau couple sekarang ni lelaki jugak *boring.jpg* Sekarang ni dah start tipu diri sendiri. Aku cakap je "aku okay" "takpe" "aku tak kesah kalau kau berubah hati" tapi hakikatnya hahaha. Gila pulak berjiwang memalam. Teringat pulak masa birthday aku. Ada orang tu sanggup dtg dari jauh nak bagi hadiah. Tapi dia senyap sampai sekarang. Haha biarlah. Aku malas nak fikir. Kalau difikir nanti serabot, kalau serabot tak concentrate. Nak spm wehh. Buat apa bercintan cintun lagi. Nanti patah hati, aku koyak buku ekonomi. (best tak pantun aku?)

Shazlin ada cerita. Bagi aku benda ni lawak sia. Sebab boyfriend dia jeles tahap cam tu. Comel betol dorang hahaha.

Shazlin: aku baru topup lima ringgit td tp habes call halem tdi gadoh. kau tau tak aku bagitau halem pasal budak cina yg aku kenal kat serendah tu. Dia marah aku tau tak. Pastu dia cakap kat aku "kau pegi lah dgn kafir tu!"  babi betol.
Aku: gelak terbahak bahak

Lile seriously, bila orang share psl bf gf diorg kat aku seronok aku jadinya. Jangan tanya kenapa. Dah tabiat dengar cerita orang. Thats why when it comes to myself aku akan cerita kat lin tanpa dia tanya. Hahaha kalau aku , aku tanya dia macam "kau dgn halem mcm mne?". Nampak sangat aku busybody -_____-

Semalam turun bawah pegi kedai. Mak aku suruh bayar bill celcom dia.

Mak: adek boleh tak tolong mak bayar bill kat bawah dekat kedai blablabla
Aku: (kenapalah mak meletakkan aku dalam situasi yang sangat tidak diingini)

Cepat aku turun, cepat aku kurung diri dalam rumah. Memula check sampah kot dah penuh (sebenarnya sampah tak penuh pon tapi aku ikat pegi buang jugak) pastu tarik nafas dalam2. Jalan macam takde pape. Dah sampai kedai tu macan ni lah keadaannya..

Aku: Kat sini boleh bayar bill kan?
Macha: boleh boleh
Aku: saya nak bayar bill kat no akaun ni (bg kertas)
Macha: nak bayar berapa?
Aku:RM140 (hulur not 50, 3 keping)
Macha: (bagi balance) tunggu kejap ambik resit.
Awek indon: Hai (dia ckp dgn abg2 macha)
Macha kurus: hello
Awek indon: Tadi ada orang macam kamu. Kawan kamu ka?
Macha kurus: takda. Kenapa?
Awek indon: tadinya dia ikoti saya. Saya pegi kesana dia ikut, saya balik kesini pon dia ikot. Saya takut ni.
Aku: (beriak biasa tapi dalam hati Allah je tahu takotnya macam mane)

Dah ambik resit aku keluar dari kedai tu. Sesekali aku toleh kebelakang. Nampak seorang lelaki mencurigakan berbaju coklat. Nampak minah indon tu pergi ke kedai makan takot2 je jalan. Aku dengan lawaknya berjalan laju. Yelah org tu kejar awek indon tu bkn aku. Tapi tkot lah jugak orang jaman skrg ni taktau lah pikiran nya. Aku cerita kat shazlin pasal ni. Then aku cakap "sapa suruh indon tu tgh hari buta pon pakai baju tido?" hahahah. Ayat penyedap hati .__. Gila tak ttakot. Aku rasa kat bandar tempat paling menyeramkan.

Okay itu je setakat ni. Tulis pepanjang macam ade orang nak bace je *nangis berbaldi*

Assalamualaikum x
-ig @shdslh